RSS

Ahad, 15 November 2009

RENUNGAN......

Smile Rama-Rama & Cinta Lelaki

Dunia ini mjd indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mdiami bumi ini akn ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Bayangkan saja dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan dipenuhi dengan kekejaman dan perbuatan-perbuatan 'sampai hati'.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun, anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan utk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasan. Tamsilkanlah diri anda sebagai rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahan apabila ia disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan tiada siapa akn pedulikannya lagi.

Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah corak ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak terasa apa-apa yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat begitu. bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dgn sekali sentuh, corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada. kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa yg mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut begini."Think Out Of the box". Agar dgn itu anda dapat memelihara diri drpd menjadi habuan sang lelaki yg hAnya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar.

Wahai wanita, wahai kaum seperti ku, kasihanilah diri anda dgn menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tertu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki dengan harga KEJUJURAN. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Biar sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dgn selesa dan bahagia drp hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda utk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya drp dikelilingi lelaki ttp telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh ttp tinggi peribadi drp cepat jodohnya ttp tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dgn sayapnya yg terang dan indah drp sang kelkatu yg menerjah api. Wahai wanita, wahai kaum spt ku, harga diri anda, anda yg menentukan.

*** JoM SaL!Ng MeMot!Vas!
&
D!Mot!VaS!***

(petikan dari buku>>>>>Membina Rasa Cinta : Dr. HM Tuah Iskandar al_Haj)

0 ulasan:

Catat Ulasan