RSS

Selasa, 5 April 2011

APA YANG SEBENARNYA YANG KU MAHU DALAM HIDUPKU???


Aku ingin semua orang di sisiku gembira itu yang pasti. Pada keluargaku tiada masalah namun pada cita-citaku. Hanya keberlakangan ini atau lebih tepat hari ini tergerak hatiku ingin kongsikan impianku bersama sesorang dan aku belum jumpa lagi seseorang itu.

Aku juga gadis biasa yang pernah mimpikan cinta dan corak bakal keluargaku bagaimana. Cuma itu tidak pernah menjadi persoalan utama dalam hidupku. Aku mungkin menyebutnya "Aku nak cari pakwe lah... Aku nak kahwinlah..." pada teman-temanku namun aku tak pernah serius. Aku hanya bergurau sahaja. Selama ini yang penting cita-cita dan impianku. AKu tak kisah sehingga sekarang aku tak ada calon. Tapi hari ini otak aku benar-benar menimbal balik persoalan itu secara dalam... Entah tiba-tiba hatiku tergerak nak memikirkan persoalan ini...

Lelaki bagaimana yang ku inginkan?
-aku hanya ingin seorang yang terbaik dan paling sesuai untukku. aku tak mencari kesempurnaan padanya. aku hanya ingin dia menerimaku dan mencintaiku di dalam keadaanku yang paling 'hodoh' dan sentiasa berada di sampingku... aku ingin dia menjadi sahabatku ketika aku di dalam dilema... aku ingin dia menjadi kekasihku ketika aku ketawa dan menangis...aku ingin suamiku memimpinku dan menjadi imam sembahyangku... satu-satu lelaki yang boleh menggetarkan jiwaku

Perkahwinan yang bagaimana yang ku inginkan?

- aku hanya ingin akad nikah. tak perlu hantaran berpuluh ribu. hanya ku inginkan dia membaca surah yusuf dan luqman dengan sempurna bersama satu janji di dalam kehidupan perkahwinan kami nanti, dia akan mengaji bersamaku sehingga khatam al-quran.. puas aku fikirkan apa yang ku inginkan dan rupanya hanya itu yang aku mahu dari seorang lelaki.-

Kehidupan perkahwinan yang macam mana ku inginkan?
- aku ingin menjadi isteri pada suamiku ketika di perlukan kasih sayang... aku ingin menjadi kekasih pada suamiku ketika dia ingin memanjakan... aku ingin menjadi sahabat kepada suamiku ketika dia di dalam masalah... aku ingin menjadi suri rumah... aku ingin sentiasa bersama keluarga ku... aku ingin anak-anak ku membesar dengan air tanganku... aku ingin menghantar dan menjemput anak-anakku ke sekolah...aku ingin sentiasa ada di rumah ketika suamiku pulang... aku ingin saban malam duduk berdua dengan suamiku bercerita apa sahaja-

BARU TAHU AKU KINI MENCARI CINTA.

Aku ingin mencari cinta. Namun ku perlu korbankan cita-citaku... MAMPUKAH aku mengubah apa yang ku kejar... MAMPUKAH ku ubah kronologi masa depanku... MAMPUKAH aku biarkan cita-citaku?.... MAMPUKAH aku korbankan segalanya hanya kerana satu hari.

AKU PASTI TAK MAMPU.

Ku ingin kejarkan cita-citaku seiring dengan cintaku. Aku ingin 'dia ' menerimaku dan cita-citaku... aku ingin jadikan impianku sebagai impiannya juga dan impiannya biarlah impianku juga... Aku ingin kami bersama berkongsi.. Saling menghormati... Cuma ku harapkan waktu kerjaku adalah lebih pendek dari waktu kerjanya... Supaya aku boleh menungu dia di hadapan pintu menjadi wajah pertama yang dia lihat setiap kali pulang ke rumah. Biarlah aku menjadi seorang yang tamak.

AKU YAKIN AKAN KU TEMUI SI 'DIA'... MY MR RIGHT

0 ulasan:

Catat Ulasan